ENTRY ABOUT LINKIES +FOLLOW DBOARD





Kelu
Friday, 20 November 2015 - 0 Comments
"Ada berapa sem lagi?"

"Ada dua sem lagi..tahun depan dah habis"

"Lepas ni nak sambung mana?"

"Tak tahu lagi".

Selalu jawapan yang sama aku bagi tatkala ditanya. kadang aku sendiri pun kelu. tak tahu nak jawab macam mana lagi. sungguh aku tak tahu. bukan tak fikir, cuma entah mungkin serabut. takda jawapan yg tetap lagi utk soalan mcm tu. tapi sampai bila.

nak kata aku minat dengan apa yg sedang aku buat ni, tak juga. kosong ja aku rasa. tak kena dengan jiwa, mungkin. nak sambung study utk level seterusnya . ya, itu cita-cita. tapi taktahu lagi dalam bidang yg sama atau bukan, nak teruskan dalam bidang yg sama atau tidak, itu persoalan. dah nak masuk semester 4 pun masih ragu-ragu. alhamdulillah result sem 3 pun dah dapat, dan ya aku katakan, result meningkat. syukur dipanjatkan kpd Yang Esa. kerana Dia sentiasa ada :)

tapi yg selalu jadi kusut di jiwa cuma satu. degree nanti nak teruskan dalam course ni lagi atau tak? mungkin istikharah juga jalan terbaik. Dia yg ciptakan kita, Dia lebih tahu apa yg terbaik. Dia yg lebih memahami makhluk ciptanNya. Tak dinafikan memang aku tengah kusut. Ya Rabb, bantu aku

Setiap kali soalan ditanya, mesti hilang mood. entah kenapa. bagi aku apa yg aku lalui sekarang ni macam tak serasi, tak kena dengan jiwa. bukan aku tak cuba, tapi dah berkali aku cuba kuatkan jiwa.
ingat satu pesanan dari ustazah, apa yg kita buat kat dunia ni, bidang apa yg kita ambil cuba relate balik bagaimana benda ni dapat dekatkan diri kita dengan Pencipta, bagaimana bidang yg kita ambil ni dapat buat kita sentiasa ingatkan Pencipta. ya, dalam sibuk mencari ilmu dunia, jangan lupa bekalan kita kat sana nnti. akhirat yg kekal abadi. jujur sendiri, aku memang cuba kaitkan, tapi tak jumpa.

dapat luah kat sini hilang sikit beban rasa. semoga apa juga keputusan yg aku buat nanti, tercatat setiap hikmah. semoga apa yg aku lakukan kat dunia, akan mendatangkan kebaikan yg akan aku bawa sebagai bekalan di sana in sha Allah :)


Duhai diri, pandanglah ujian Ilahi dengan mata hati, bukan dengan emosi. Kelak kau akan nampak hikmahnya yang tersembunyi 


Love,
Siti Nur Fatihah

Thanks for reading and comments






copyright©2015 snfathia.blogspot.com.all rights reserved